Kegunaan kertas taking off
(1) - Adalah Ruangan Timesing
Ruangan timesing digunakan apabila terdapat beberapa barangan yang sama yang mempunyai ukuran yang sama, dan untuk menunjukkan bahawa ukuran itu akan berlipat ganda ia akan menjadi 'timesed.
(2) - Adalah Ruangan Dimensi
Pengukuran yang diambil dari lukisan ditetapkan dalam ruang dimensi.
(3) - Adalah Ruangan Squaring
Jumlah dikira, kawasan, dan lain-lain, ukuran dalam ruang dimensi yang dinyatakan dalam ruang squaring.
(4) - Adalah Ruangan Penerangan
Penerangan kerja yang dimensi memohon ditulis dalam ruang keterangan.
Perkara lain yang perlu dititikberatkan:
Perkara lain yang perlu dititikberatkan:
1. Pengukuran (taking-off) bermula dengan penyediaan taking-off list. Kita perlu menulis item kerja (items) yang perlu di ukur menggunakan taking-off list. Mungkin ada item yang tertinggal, akan dimasukkan bila teringat.
2. Pastikan nombor muka surat dan nama pengukur di tulis pada setiap helai kertas.
3. Item yang telah di ukur hendaklah di tandakan penuh menggunakan salah satu tanda di bawah yang selari selepas item selesai di ukur dengan menggunakan dakwat merah. Bukan apabila selesai semua pengukuran.
Begini
4. Pastikan tulisan kita boleh dibaca oleh orang lain.
5. Bila membatalkan sesuatu dimensi, sila gunakan NIL menggunakan dakwat merah. Boleh gunakan huruf kecil nil. Ditunjukkan di bawah:
6. Elakkan menulis ditto (yang bermaksud seperti di atas) bila mengukur menggunakan kertas ukuran pengasingan (cut & shuffle). Ia boleh di lakukan hanya untuk kertas ukuran tradisional.
7. Untuk item-item yang mempunyai dimensi yang sama, cuma tuliskan ‘As per page no….’ di dalam ruang dimensi dan di gariskan.
8. Elakkan menulis huraian yang panjang pada setiap muka kertas dengan menulis sedikit huraian bagi item tersebut di ikuti dengan perkataan a.b.d (as before desribed). Huraian yang panjang hanya di tulis pada muka pertama.
9. Lebih cantik sekiranya menggariskan (underline) menggunakan pembaris di bawah setiap dimensi dsbnya daripada menggunakan tangan (free hand).
10. Pastikan hanya jawapan pengiraan yang akan di pindahkan ke lajur ukuran di berikan garis dua kali (double underlined).
11. Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) untuk memadamkan kesalahan adalah TIDAK di galakkan. Cuma potong sahaja dengan pen dan tulis pembetulan di atasnya. Segala ukuran akan di simpan dan boleh menjadi bukti di mahkamah bila perlu.
No comments:
Post a Comment