Hello! this blog create because want to give information about quantity surveyor. Hope enjoy it :) ...

Saturday, September 14, 2013

Penyediaan Dokumen Kontrak

Dokumen kontrak adalah satu dokumen perjanjian diantara pihak klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk pelaksanaan sesuatu projek.

Dalam perlaksanaan projek-projek di bawah kendalian pihak agensi kerajaan, penyediaan dokumen kontrak hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh milik tapak.

Dalam tempoh 4 bulan tersebut, pihak kontraktor hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan bayaran interim sebanyak tiga (3) kali. Maksud penyelesaian dokumen kontrak ini ialah, kontrak telah ditandatangani oleh pihak kontraktor dan pihak kerajaan, kadar harga telah diselaraskan (sekiranya perlu) dan dokumen kontrak telah dimatikan setem.


Kesan daripada kegagalan penyempurnaan dokumen kontrak dalam tempoh yang ditetapkan, akan menyebabkan pihak kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran seterusnya.

No comments:

Post a Comment