Hello! this blog create because want to give information about quantity surveyor. Hope enjoy it :) ...

INFO

Tugas atau peranan seorang jurukur bahan

Secara am, tugas atau peranan seorang jurukur bahan. Antaranya ialah:

1)      Penyediaan Kajian Kemungkinan
2)   Penyediaan Anggaran Projek
3)      Penyediaan Dokumen Tender
4)      Proses Menender
5)      Laporan Tender
6)    Menyediakan Dokumen Kontrak
7)      Membuat Pembayaran Semasa
8)      Membuat Akaun Akhir

Perbezaan tugas atau peranan jurukur bahan di sektor perunding dan kontraktor:


Bil

Perunding

Kontraktor
1.
Menyediakan anggaran awalan kos projek
Menyediakan harga untuk tawaran tender yang disertai
2.
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
Menyediakan butiran tuntutan bayaran interim kepada pihak klien
3.
Menyediakan naskah dokumen tender
Menguruskan perlantikan subkontraktor-subkontraktor domestik
4.
Menyediakan laporan penilaian tender
Menyediakan perakuan bayaran interim kepada subkontraktor domestik
5.
Menyediakan dokumen bayaran interim

6.
Menyediakan dokumen  perubahan kerja

7.
Menyediakan penyata akaun muktamad projek


Perbezaan tugas atau peranan jurukur bahan di sektor kerajaan dan pemaju:


Bil

Kerajaan

Pemaju
1.
Menguruskan proses perlantikan perunding-perunding seperti Arkitek, Ukur Bahan dan Jurutera  Awam, Mekanikal & Elektrikal
Menguruskan proses perlantikan perunding-perunding seperti Arkitek, Ukur Bahan dan Jurutera  Awam, Mekanikal & Elektrikal
2.
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera (untuk projek in-house)
Menyemak senarai kuantiti (BQ) yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
3.
Menyediakan naskah dokumen tender atau menyemak naskah dokumen tender yang disediakan oleh perunding
Menyemak naskah dokumen tender yang disediakan oleh perunding
4.
Menguruskan proses panggil tender termasuk taklimat lawat tapak
Mengurus proses panggil tender termasuk taklimat lawat tapak
5.
Menyediakan laporan penilaian tender atau menyemak laporan penilaian tender yang disediakan oleh perunding
Menyemak laporan penilain tender yang disediakan oleh perunding
6.
Menyediakna sijil perakuan bayaran interim atau menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan oleh perunding
Menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan  oleh perunding
7.
Menguruskan mesyuarat perubahan kerja (v.o)
Menguruskan mesyuarat perubahan kerja (v.o)
8.
Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding
Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding



Penawaran Kursus Ukur Bahan di Politeknik

Kepada para pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti jurusan Ukur Bahan  atau QS di Institut  Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi gagal mendapatkan tempat, boleh mencuba untuk memohon melalui politeknik. Politeknik ada menawarkan kursusnya melalui peringkat Diploma

Syarat kelayakan untuk memohon mengikuti kursus diploma di Politeknik adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Bahasa Melayu pada peringkat SPM
  • Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
  • Mendapat kepujian 5 kepujian peringkat SPM samaada Matematik/Matematik Tambahan DAN SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/ Teknologi/ Vokasional/ Sastera DAN TIGA (3) mata pelajaran lain.
Politeknik-politeknik yang menawarkan kursus Diploma Ukur Bahan adalah seperti berikut:

  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak
  • Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan 
  • Politeknik Muadzam Shah, Kedah
  • Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
Sebarang Pertanyaan, bolehlah rujuk kepada alamat berikut:

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No comments:

Post a Comment