Sunday, September 22, 2013
Proses Tender
|
Saturday, September 14, 2013
Taking Off Paper
Kegunaan kertas taking off
(1) - Adalah Ruangan Timesing
Ruangan timesing digunakan apabila terdapat beberapa barangan yang sama yang mempunyai ukuran yang sama, dan untuk menunjukkan bahawa ukuran itu akan berlipat ganda ia akan menjadi 'timesed.
(2) - Adalah Ruangan Dimensi
Pengukuran yang diambil dari lukisan ditetapkan dalam ruang dimensi.
(3) - Adalah Ruangan Squaring
Jumlah dikira, kawasan, dan lain-lain, ukuran dalam ruang dimensi yang dinyatakan dalam ruang squaring.
(4) - Adalah Ruangan Penerangan
Penerangan kerja yang dimensi memohon ditulis dalam ruang keterangan.
Perkara lain yang perlu dititikberatkan:
Perkara lain yang perlu dititikberatkan:
1. Pengukuran (taking-off) bermula dengan penyediaan taking-off list. Kita perlu menulis item kerja (items) yang perlu di ukur menggunakan taking-off list. Mungkin ada item yang tertinggal, akan dimasukkan bila teringat.
2. Pastikan nombor muka surat dan nama pengukur di tulis pada setiap helai kertas.
3. Item yang telah di ukur hendaklah di tandakan penuh menggunakan salah satu tanda di bawah yang selari selepas item selesai di ukur dengan menggunakan dakwat merah. Bukan apabila selesai semua pengukuran.
Begini
4. Pastikan tulisan kita boleh dibaca oleh orang lain.
5. Bila membatalkan sesuatu dimensi, sila gunakan NIL menggunakan dakwat merah. Boleh gunakan huruf kecil nil. Ditunjukkan di bawah:
6. Elakkan menulis ditto (yang bermaksud seperti di atas) bila mengukur menggunakan kertas ukuran pengasingan (cut & shuffle). Ia boleh di lakukan hanya untuk kertas ukuran tradisional.
7. Untuk item-item yang mempunyai dimensi yang sama, cuma tuliskan ‘As per page no….’ di dalam ruang dimensi dan di gariskan.
8. Elakkan menulis huraian yang panjang pada setiap muka kertas dengan menulis sedikit huraian bagi item tersebut di ikuti dengan perkataan a.b.d (as before desribed). Huraian yang panjang hanya di tulis pada muka pertama.
9. Lebih cantik sekiranya menggariskan (underline) menggunakan pembaris di bawah setiap dimensi dsbnya daripada menggunakan tangan (free hand).
10. Pastikan hanya jawapan pengiraan yang akan di pindahkan ke lajur ukuran di berikan garis dua kali (double underlined).
11. Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) untuk memadamkan kesalahan adalah TIDAK di galakkan. Cuma potong sahaja dengan pen dan tulis pembetulan di atasnya. Segala ukuran akan di simpan dan boleh menjadi bukti di mahkamah bila perlu.
Penyediaan Dokumen Tender
Dokumen Tender ialah satu naskah tawaran yang dikeluarkan
oleh pihak klien apabila ia berhasrat untuk melaksanakan sesuatu projek. Pihak
kontraktor yang berminat untuk menyertai projek tersebut perlu mengisi dan
melengkapkan dokumen tender dan memulangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Untuk menyediakan dokumen tender,
perkara-perkara berikut perlu dimasukkan dalam dokumen tersebut bagi memudahkan
pihak kontraktor untuk melihat, menyemak keperluan, meneliti dan seterusnya
untuk mengisinya.
Antara perkara-perkara yang perlu dimasukkan tersebut ialah:
a) Kenyataan Tawaran
b) Arahan Kepada Petender @ Instructions To Tenderers
c) Borang Tender @ Form Of Tender
d) Surat Setujuterima Tender @ Letter Of Acceptance (L.A)
e) Syarat-Syarat Kontrak @ Conditions Of Contract (C.O.C)
f) Speksifikasi
g) Preamble
h) Senarai Kuantiti @ Bill Of Quantity (BQ)
i) Latar Belakang Petender
j) Pelan-pelan
Perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas adalah
dokumen-dokumen yang perlu dimasukkan di dalam penyediaan sesuatu dokumen
tender. Walaubagaimanapun, agensi-agensi atau jabatan kerajaan boleh
mengubahsuaikan mengikut kesesuaian tempat masing-masing.
Penyediaan Dokumen Kontrak
Dokumen kontrak adalah satu dokumen perjanjian diantara pihak
klien atau majikan bersama dengan pihak kontraktor untuk pelaksanaan sesuatu
projek.
Dalam perlaksanaan projek-projek di
bawah kendalian pihak agensi kerajaan, penyediaan dokumen kontrak hendaklah
diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh milik tapak.
Dalam tempoh 4 bulan tersebut, pihak
kontraktor hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan bayaran interim sebanyak
tiga (3) kali. Maksud penyelesaian dokumen kontrak ini ialah, kontrak telah
ditandatangani oleh pihak kontraktor dan pihak kerajaan, kadar harga telah
diselaraskan (sekiranya perlu) dan dokumen kontrak telah dimatikan setem.
Kesan daripada kegagalan
penyempurnaan dokumen kontrak dalam tempoh yang ditetapkan, akan menyebabkan
pihak kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)